Ekstrak peria katak rawat luka kencing manis

Pagi tadi berlangsung sidang media media memaklumkan invoasi peria katak untuk pesakit diabetis hasil penyelidikan Prof. Dr. Rosfarizan Mohamad, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM. Sidang media berlangsung di Pejabat Innohub, Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia, UPM. Rakan setugas Israr Khalid ada perkongsian mengenai inovasi ekstrak peria katak untuk hasilkan pencuci luka pesakit diabetis.