Empat maut, termasuk seorang bayi sembilan bulan

Empat terbunuh, termasuk bayi berusia sembilan bulan, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan di kilometer 448 arah selatan Lebuhraya Utara Selatan Rawang kira kira jam 12.10 pagi tadi. Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa'aton Abu Bakar, lima mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Satria dilaporkan secara tiba tiba berhenti di tengah-tengah lebuhraya dipercayai akibat kerosakan.