Tutup

Empat suspek pemburu haram ditahan

Empat lelaki dipercayai pemburu haram berusia antara 30 dan 40 tahun ditahan oleh Pasukan Khas Jabatan Perhutanan Tawau di kawasan Hutan Simpan Gunung Rara, 60 kilometer dari bandar Tawau pada Rabu. Dalam kejadian sekitar jam 12.00 tengah malam itu, suspek yang terdiri daripada dua warga tempatan dan dua warga asing ditahan ketika sedang menaiki kenderaan pacuan empat roda di kawasan hutan simpan berkenaan.