Empat termasuk bayi cedera dalam kejadian kren tumbang

Empat individu termasuk seorang bayi lelaki berusia tiga bulan cedera selepas sebuah kren tumbang ke tengah jalan di Bandar Baru Sentul, ibu negara, pada Jumaat. Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.34 petang sebelum 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul digerakkan ke lokasi.