Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Enam penumpang kapal persiaran disahkan negatif, dibenarkan pulang

Enam penumpang kapal persiaran mewah MS Westerdam yang terdiri daripada empat warga Amerika Syarikat dan dua warga Netherlands disahkan negatif COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Ahad malam mengesahkan kesemua mereka dalam keadaan sihat.