Equanimity dijual kepada Genting

Kapal layar mewah equanimity akan dijual kepada Genting Malaysia Bhd atau Syarikat Tujuan Khas (SPV) milik Genting pada harga 126 juta dolar. Menurut Peguam Negara Tommy Thomas penjualan kapal itu dibuat selepas Mahkamah Admiralti Kuala Lumpur memberi kelulusan untuk menerima tawaran membeli equanimity daripada Genting atas terma dan syarat syerif.