ETS laluan Ipoh-Kampar beroperasi semula 5 pagi Ahad

Perkhidmatan tren elektrik (ETS) bagi laluan Ipoh ke Kampar dijangka beroperasi seperti sediakala bermula pukul 5 pagi, pada Ahad. Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad, Datuk Nawawi Ahmad, berkata situasi di laluan gerabak yang tergelincir di Batu Gajah kini sudah siap 70 peratus.