Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Fahami matlamat SDG - Azmin

Pihak berkepentingan harus memahami keperluan matlamat pembangunan lestari supaya mampu mencapainya. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata bagi mencapai kesemua 17 matlamat ditetapkan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), perhatian perlu diberikan kepada kedudukan negara, rantau dan sektor masing-masing. Biarpun berdepan tekanan, kerajaan tetap komited untuk memastikan keseimbangan merealisasikan aspirasi menjadi negara maju dan memenuhi kehendak kelestarian.