Tutup

Fahami sebab Jho Low sukar ditahan, elak sebar berita palsu

Rakyat Malaysia perlu memahami sebab mengapa pihak berkuasa mengambil masa agak lama untuk menangkap dan membawa pulang Low Taek Jho atau Jho Low. Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar berkata, kurangnya kefahaman ini menjadi antara penyebab mengapa ada segelintir netizen dilihat sewenang-wenangnya menyebarkan berita palsu berkenaan penahanan ahli perniagaan kontroversi itu.