Tutup

FAMA sedia kit makanan pertama mangsa banjir

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menyediakan kit makanan pertama untuk mangsa bencana di seluruh negara terutamanya bagi mangsa banjir tahun ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kit makanan tersebut penting bagi memastikan mangsa banjir mendapat makanan segera yang tidak perlu dimasak sebaik sahaja tiba di pusat pemindahan.