Tutup

Farm Fresh atasi isu viral dengan tenang

Kecaman dan ugutan boikot sejak lebih seminggu lalu membabitkan produk susu segar terkenal tempatan, Farm Fresh yang difitnah, kononnya ia milik syarikat bukan Melayu, kini berakhir. Malah, individu yang memuat naik entri berbaur fitnah ke atas Farm Fresh di media sosial juga telah memadamkan entrinya itu. Justeru, Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan, Loi Tuan Ee berharap selepas ini tidak ada lagi mana-mana pihak berkongsi sebarang maklumat yang tidak benar di media social.