Tutup

Filem aksi Nusantara mampu ke Hollywood - Yayan Ruhian

Beliau cukup terkenal untuk mengangkat pencak silat di pentas Hollywood. Beliau menjadi lawan Keanu Reeves dalam John Wick: Chapter 3, bintang dalam Star Wars: The Force Awakens dan idola kepada ramai peminat filem aksi susulan kejayaan francais filem The Raid. Yayan Ruhian percaya filem aksi Nusantara dan seluruh rantau Asia Tenggara mampu capai prestasi filem Hollywood.