Tutup

'Footbraille' bantu OKU menikmati perlawanan bola sepak

Sukan tentunya menjadi salah satu faktor bagi menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan warga Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-62, syarikat telekomunikasi, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) memperkenalkan prototaip Footbraille, yang dapat membantu komuniti cacat penglihatan menikmati perlawanan bola sepak yang sedang berlangsung.