Tutup

Gagal menyusup keluar, 24 pati warga Filipina ditahan

Seramai 24 Pendatang Tanpa Izin (PATI) gagal menyusup keluar dari negara ini selepas ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam Ops Pluto Timur, di kawasan perairan Sungai Membalua, Tawau, awal pagi Sabtu. Semua PATI yang berusia antara dua hingga 57 tahun itu ditahan ketika cuba pulang ke Filipina menggunakan laluan yang tidak diwartakan.