Tutup

Geng 'Mat Backhoe' berjaya ditumpaskan

Geng 'Mat Backhoe' yang aktif dalam mencuri jentera berat sekitar Lembah Klang sejak setahun lalu berjaya dilumpuhkan. Ia selepas penahanan 5 dalang iaitu tiga lelaki tempatan dan dua lelaki warga Bangladesh berusia antara 30 hingga 38 tahun dalam operasi lejang khas yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, pada 24 Disember lalu.