Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

GLC & GLIC diwajib ambil graduan tempatan bekerja

Syarikat Berkaitan Kerajaan , GLC dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, GLIC diwajib mengambil graduan tempatan sebagai pelatih menerusi Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) atau program di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, ia bagi membolehkan mereka mengisi jawatan pegawai dagang luar negara yang bekerja di negara ini.