Tutup

'Good luck' kalau swasta boleh hapuskan tol - Azmin

Mana-mana pihak swasta yang mahu mengambil alih Plus Malaysia Bhd (Plus) dialu-alukan berbuat demikian sekiranya mereka mampu sama ada menghapus atau mengurang kadar tol. Namun, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali optimis tidak ada mana-mana syarikat swasta yang mampu berbuat demikian lantaran mementingkan keuntungan berbanding kepentingan rakyat.