Tutup

GST: AG diarah percepat pendakwaan peniaga tamak

Jabatan Peguam Negara diminta mempercepatkan proses pendakwan terhadap peniaga yang didapati mengambil kesempatan menipu pengguna susulan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ketegasan itu bagi memastikan golongan berkenaan dihukum menerusi peruntukan undang-undang sedia termasuk Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum sehingga sejuta ringgit.