Tutup

H5N1: Ayam di Kelantan selamat dimakan

Rakyat Kelantan masih selamat untuk makan ayam yang dijual di negeri itu dan tidak perlu panik dengan situasi wabak H5N1. Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, situasinya dalam keadaan terkawal dengan langkah pencegahan giat dilaksanakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan agensi berkaitan.