Hampir seluruh rakyat Malaysia dewasa obes

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2015 mendapati 47.7 peratus rakyat dewasa Malaysia berlebihan berat badan atau obes. Lebih membimbangkan, tahap obesiti di Malaysia mencatat bacaan lebih tinggi iaitu 17.7 peratus berbanding peringkat global yang berada pada bacaan pada 13 peratus.