Tutup

Hanya Noor Hisham boleh keluar kenyataan rasmi berkenaan influenza

Sebarang kenyataan rasmi mengenai perkembangan virus influenza hanya boleh dikeluarkan oleh Ketua Pengarah (Perubatan) Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, ia bagi mengelakkan tercetusnya perasaan panik daripada masyarakat yang menerima laporan daripada sumber selain Noor Hisham sendiri.