Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Harga tiket kapal terbang perlu kembali pada asal - Ismail Sabri

Oleh kerana syarikat penerbangan telah dibenarkan beroperasi dengan jumlah penumpang berkapasiti penuh, Mesyuarat Khas berpendapat bahawa harga tiket penerbangan perlu kembali semula kepada harga asal seperti sebelum PKP. Syarikat penerbangan diminta untuk menyelaraskan harga tiket ke paras normal khususnya untuk pelajar serta guru sekolah dan Institut Pengajian Tinggi yang akan menyambung semula sesi pengajian.