Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Harga topeng muka mahal, farmasi di Tawau dikompaun RM20,000

Sebuah farmasi di Tawau, Sabah menjadi premis pertama di Malaysia untuk dikenakan kompaun sebanyak 20 ribu ringgit kerana menjual topeng muka pada harga lebih tinggi daripada harga kawalan. Kompaun dikenakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tawau ke atas farmasi yang terletak di Jalan Belian itu pada Isnin.