Tutup

Hargai jasa anggota penguatkuasa, keselamatan

Dalam memupuk generasi muda menghargai tugas serta pengorbanan anggota penguatkuasa dan keselamatan dalam agensi kerajaan, Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri Kedah mengambil kesempatan menyantuni penjawat-penjawat awam yang bertugas pada waktu malam. Lebih 40 orang anak muda menyertai Program Singgah Sahur bersama Penjawat Awam, yang memberikan juadah bersahur seterusnya beramah mesra bersama anggota beruniform di negeri Kedah.