Tutup

Hentikan ampu pemimpin, fikirkan kelangsungan parti

Naib Presiden PKR, Tian Chua nyata melawan arus apabila dengan berani menegur pimpinan serta perwakilan dan penyokong yang disifat terlalu taksub untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Walaupun menghadapi masalah suara, namun itu sama sekali tidak menghalang ahli veteran PKR itu untuk mengkritik mereka yang menganggap kumpulan tidak sealiran, sebagai pengkhianat.