Tutup

Hidup segan mati tak mahu, itu adalah UMNO - Mukhriz

Kenyataan pimpinan UMNO yang menyifatkan Bersatu sebagai sebuah parti "hidup segan mati tak mahu" terutama bagi membela kepentingan Melayu dalam kerajaan Pakatan Harapan diibaratkan seperti mengata diri sendiri. Itu Tegas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menyatakan bahawa tindakan kepimpinan UMNO-Barisan Nasional sebelum ini, yang berpakat dengan Jho Low merupakan titik permulaan kepentingan dan hak orang Melayu mulai "hilang".