Hina agama Islam, JAKIM terima 10,000 aduan

Unit pemantau bagi mengawasi penulisan atau provokasi bersifat menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam yang ditubuhkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), telah menerima kira-kira 10,000 aduan sejak pelancarannya minggu lalu. Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Saleh, ia satu angka yang membimbangkan dan pihaknya sedang meneliti kesemua aduan.