Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Hina polis: Seorang mekanik didenda RM8,000

Seorang mekanik dijatuhkan hukuman denda RM8,000 oleh Mahkamah Seksyen Alor Setar, pada Rabu atas kesalahan menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) di laman Facebook pada 21 Mac lalu. Mohd Fathi Hasan dari Kubang Pasu turut berdepan hukuman penjara empat bulan sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan.