Hukum hudud: Kelantan tunggu 'lampu hijau' - MB

Kerajaan Pas Kelantan sudah bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) Pindaan 2015, atau hukum hudud dan kisas, sepenuhnya di negeri itu. Menurut Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, pihaknya hanya menunggu "lampu hijau" selepas Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) bagi Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) diluluskan di Parlimen, sebelum ia dapat dikuatkuasakan di Kelantan.