Hukuman Wanji berat, mansuhkan akta hasutan - Pemuda PH

Pemuda Pakatan Harapan mendesak agar kerajaan menyegerakan pemansuhan akta hasutan supaya perlanggaran hak seperti yang berlaku ke atas penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin tidak berulang. Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata gesaan itu adalah berikutan komitmen PH dalam janji ke-21 manifesto mereka, untuk memansuhkan semua akta zalim demi kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.