I-Suri diperluas kepada Orang Asli, orang asal Sabah dan Sarawak

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kumpulan sasar yang layak memohon I-Suri akan diperluas kepada masyarakat Orang Asli dan orang asal Sabah dan Sarawak. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata pihaknya akan memanjangkan penyelarasan daftar pemohon program berkenaan dengan agensi bertanggungjawab termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) untuk mendapatkan senarai mereka yang layak.