Ibu tiri & bapa kandung dituduh dera anak 11 tahun

Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di flat Ampang Jajar, Permatang Pauh sejak pertengahan tahun lepas. Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang berusia 36 dan 38 tahun itu mengaku tidak bersalah atas dakwaan tersebut selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa tamil dan Bahasa Melayu di hadapan hakim, Norhayati Mohamad Yunus.