ICAO: Laporan MH370 hari ini bukan laporan muktamad

Punca kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 hanya akan diketahui apabila bangkai pesawat ditemui. Menurut Ketua Pasukan Penyiasat MH370, Datuk Kok Soo Chon - laporan yang didedahkan hari ini juga bukanlah laporan yang muktamad.