Tutup

ICQS dilengkapi keselamatan teknologi tinggi

Kompleks Imigresen Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam kini dilengkapi ciri-ciri keselamatan berteknologi tinggi bertujuan mengatasi jenayah rentas sempadan. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia bertujuan mengelakkan ketirisan di pagar keselamatan seperti yang didedahkan Suruhanjaya Pengcegah Rasuah Malaysia baru-baru ini.