Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

ILKS mohon pinjaman tanpa faedah RM3 bilion, bantu pacu industri

Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) menggesa kerajaan memperuntukkan pinjaman tanpa faedah berjumlah RM3 bilion untuk membantu mereka yang teruk terjejas akibat pandemik COVID-19. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak yang mewakili institusi-institusi ini, Nordin Abdul Malek berkata pihaknya telah mengemukakan cadangan mereka kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.