Imigresen pertimbang usir pekerja asing lakukan kesalahan jalan raya

Jabatan Imigresen akan mempertimbangkan tindakan tegas termasuk pengusiran terhadap pekerja warga asing yang melakukan kesalahan berulang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata cadangan itu adalah hasil maklum balas daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) susulan pelbagai kesalahan jalan raya dilakukan pekerja warga asing.