Tutup

Indonesia: Jerebu berakhir bulan depan

Masalah jerebu yang berpunca daripada kebakaran ladang dan hutan di Indonesia, dijangka berakhir dalam tempoh sebulan lagi. Agensi Pengurusan Bencara Negara (BPNP) memaklumkan, bermula November, Indonesia akan dilanda musim hujan. Sekali gus peralihan cuaca itu akan memadamkan api dalam tanah gambut dan jerebu yang melanda Malaysia serta Singapura sejak dua bulan lepas.