announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Ingkar PKP: Lelaki sanggup terjun laut elak ditahan polis

Seorang lelaki sanggup terjun ke dalam laut bagi mengelak ditahan polis ketika sedang melepak bersama 13 lagi individu di sebuah pondok berdekatan jeti pendaratan ikan di Jelutong, Pulau Pinang. Dalam OP COVID-19 yang dilakukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut petang Sabtu, lelaki terbabit dikatakan sedang melepak bersama rakan-rakannya semasa arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).