Ini pesanan untuk peneroka dan anak-anak FELDA

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad memberi pesanan kepada peneroka dan anak-anak FELDA di seluruh negara berhubung isu tanah FELDA di Jalan Semarak. Beliau yakin tanah di Jalan Semarak akan berjaya diambil balik dan mendaftarkannya semula sebagai tanah FELDA. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah FELDA di Menara Felda pada Khamis.