Inkues Adib: Demonstrasi ringkas dijalankan guna van EMRS

Sesi prosiding inkues kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim pada hari ke- 34 diteruskan dengan demonstrasi ringkas melibatkan kenderaan van EMRS. Demonstrasi yang bermula jam 10.30 pagi itu menumpukan bahagian pintu kiri hadapan van emrs yang dikatakan punca kepatahan tulang rusuk belakang kiri muhammad adib berdasarkan teori Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Hafizam Hasmi.