Isteri Raymond Koh dakwa komposisi Pasukan Petugas Khas tidak adil

Isteri kepada Pastor Raymond Koh, Susanna Liew hari ini mendakwa barisan ahli Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan, tidak adil, memandangkan tiada representasi dari Majlis Peguam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau badan bukan kerajaan (NGO). Dalam satu kenyataan hari ini, Liew berkata, jika badan berkenaan mempunyai wakil, sudah pasti pasukan berkenaan akan dilihat lebih adil dan telus dalam melaksanakan siasatan.