Tutup

Isu bomba dipukul, semua pihak perlu hormati penjawat awam - Zuraida

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin melahirkan kekesalan berikutan seorang ahli bomba dicederakan sekumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar Kuil Maha Mariamman awal pagi tadi. Perkara itu katanya tidak sepatutnya terjadi dan semua pihak harus menghormati penjawat awam yang sedang bertugas.