Tutup

Isu hadkan penggunaan pembesar suara untuk azan, Iqamah

Jabatan Mufti Pulau Pinang bersedia mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa qariah masjid bagi mendengar pandangan berhubung cadangan menghadkan penggunaaan pembesar suara di masjid negeri itu. Menurut Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Mohd Noor, pihaknya sedia mengadakan dialog dengan semua jawatankuasa masjid bagi memberi penjelasan terperinci berhubung perkara itu.