Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Isu Rohingya: Malaysia gesa UNHCR beri kerjasama cepatkan proses penempatan ke negara ketiga

Malaysia menggesa Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian, UNHCR memberi kerjasama kepada asean dalam mempercepatkan proses penempatan semula pemegang kad unhcr ke negara ketiga. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usaha memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian etnik Rohingya dan pelarian lain dari Myanmar bukan hanya perlu digalas Malaysia walaupun jelas negara ini bukanlah anggota Konvensyen Pelarian 1951. Pada masa sama, ASEAN juga perlu membantu antara negara anggota dalam mencari penyelesaian isu pelarian rohingya yang memberi kesan kepada penduduk serantau.