Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Jabatan Perkhidmatan Veterinar kesan SIV H1N1

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah mengesan sampel yang seropositif virus Swine Influenza H1N1 (SIV H1N1) atau selsema babi pada ternakan babi komersial dan babi hutan menerusi program survelan kebangsaan yang dijalankan. Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan itu memaklumkan bagaimanapun ternakan babi yang seropositif itu tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit serta tidak berisiko untuk menyebarkan jangkitan kepada manusia.