Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Jakim batal UPKK, sesi sekolah KAFA ikut ketetapan KPM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membatalkan pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi subjek bertulis yang dijadual pada 28 September hingga 1 Oktober ini. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ketetapan itu selaras dengan keputusan Kementerian Pendidikan untuk membatalkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan Pentaksiran tingkatan 3 bagi sesi 2020. Selain itu, sesi pembukaan persekolahan KAFA di seluruh negara juga akan dibuat mengikut ketetapan KPM.