Video  | 

JAKIM serah kepada polis siasat himpunan LGBT

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung himpunan haram golongan lesbian, bisexual, gay, transgender (LGBT) yang diadakan di ibu kota Sabtu lalu. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, meskipun ia bukan di bawah bidang kuasa pihaknya namun beliau kesal dengan tindakan kumpulan itu yang mencemari perhimpunan sambutan Hari Wanita Sedunia.