Jawatankuasa khas pengurusan sisa toksik akan ditubuhkan

Susulan tragedi yang berlaku di Sungai Kim Kim pada awal Mac, Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan menubuhkan jawatankuasa pengurusan sisa toksik dan buangan berjadual kebangsaan. Ketua Pengarah JAS, Datuk Dr Ahmad Kamarul Najib Che Ibrahim berkata, draf itu akan disiapkan secepat mungkin.