Jejak Warriors, tampil pemain bola sebagai pelakon utama

Trailer filem Jejak Warriors dikeluarkan secara rasmi semalam. Bagi mereka yang tidak tahu, Jejak Warriors adalah filem berlatarkan pasukan bola sepak tempatan yang pertama di negara ini. Kisah bermula dengan seorang remaja, Wan Raja, anak kepada peminat fanatik The Red Warriors atau pasukan Kelantan yang cuba memenuhi hajat arwah bapanya untuk bertemu pasukan kesayangannya itu.