Jenazah konstabel polis dikebumi di Kelantan

Jenazah anggota polis yang ditemui lemas di Sungai Paka, Dungun disemadikan di kampung halamannya di Kelantan. Jenazah Wan Mohd Arif Wan Yahya, 28 tahun, dikafan dan disembahyangkan oleh rakan setugas serta saudara maranya sekitar jam 5.30 petang Jumaat di Unit Forensik Hospital Dungun.